Artist Summary
Genres: Alternative / Alternative Rock / Indie RockLabel: Pekanmaya Records, Pekanmaya Records
Management: Pekanmaya Records
Artist Bio
Bermula di Bukit Jalil dengan nama Ishop pada tahun 2008. Kehadiran Fid bersama mereka memberi banyak kebaikan kepada kerana alunan suara yang dinyanyikan oleh Fid menjadi perintis untuk Yosi menghasilkan lagu disamping Fid juga seorang yang kreatif dalam menghasilkan irama vokalnya sendiri. Selepas kehadiran Fid, mereka menerima kedatangan Nafi (bass) dan Shah (gitar) bagi melengkapkan posisi ahli yang kurang. Selepas itu, terciptanya lagu bertajuk “Poison” diikuti dengan “Should I”.
Selepas merekodkan promo pertama mereka (Nostalgia), Nafi digantikan dengan Maha, seorang pemain bass berbangsa India. dan mula merekodkan lagu single pertama mereka (Should I) pada April 2009 di Studio Pekanmaya Records. Keputusan untuk merekodkan lagu-lagu mereka di studio tersebut merupakan satu langkah yang berfaedah kerana mereka bukan saja dapat mengeluarkan lagu ciptaan mereka, malah mereka juga mendapat bimbingan muzik yang baik. Mereka juga mendapat suntikan istimewa dari Ammir dan Ojoe, selaku jurutera rakaman. Sedikit sebanyak bimbingan tersebut mematangkan mereka untuk terus bergerak di dalam dunia muzik.
Pada lewat 2009, mereka menerima kehadiran Sidth (guitar kedua). Manakala Maha pula terpaksa melanjutkan pelajaran di Kuantan. Oleh sebab itu, Sidth menukar posisi untuk bermain di bahagian bass. Selepas merekod single Should I, mereka mula merekod lagu seterusnya iaitu Nostalgia dan Nightradio. Azim mengambil keputusan untuk keluar daripada band setelah menyedari dirinya tiada keserasian untuk bersama. Posisi drum diambil alih oleh Shah selaku drummer sessions pada penghujung 2010. Tahun 2011, Bermula satu perjalanan baru dalam band setelah mereka merekodkan single terbaru mereka “Frekuensi” dan di situlah bermulanya nama baru yang mereka pegang iaitu Scientist. Posisi gitar kedua pula dimainkan oleh Atoq.
video beserta lirik dibawah..
Scientist Band - Nostalgia
(Nostalgia)
simpan cerita lama ku,
ke mana langkahku telah pergi,
bak kapas ditiup angin,
terbang jauh kian jauh,
burung-burung berkicauan,
merestui kehadirannya salju,
matahari yang terbit,
takkan terbenam lagi,
(c/o)
aku pencipta lagu,
agar hidupmu tak dibelenggu,
putarkannya selalu,
moga kau tak lupa,
kan,..aku,..aku,..
ini lah nostalgia diriku,
dengarkan lah laguku,
walau seperti hujan turun,
ini tetap laguku untuk dirimu,
dirimu...dirimu...
dirimu...dirimu...
cerita aku dan diri mu,
akan ku kenang selalu,
tak kan ia berlalu sayu,
antara kau dan aku,
(ulang c/o)
aku pencipta lagu,
agar hidupmu tak dibelenggu,
putarkannya selalu,
moga kau tak lupa,
kan,..aku,..aku,..
nostalgia nostalgia,
lagu ku untuk dirimu.
g0od luck...
ReplyDelete1st time i heard diz song at FESSAT festival(UKM)..n i love it damn much..
ReplyDelete*keep it up~